Sistem dalam talian Labuan FSA alami insiden keselamatan siber

Iklan
Labuan FSA mengalami insiden keselamatan siber yang telah menjejaskan sistem dalam taliannya. - Foto Bernama

LABUAN - Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), badan kawal selia bagi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Malaysia (IBFC) Labuan mengalami insiden keselamatan siber yang telah menjejaskan sistem dalam taliannya.

Menurut kenyataan dikeluarkan Labuan FSA pada Khamis, agensi di bawah Kementerian Kewangan (MoF) itu telah mengambil langkah segera bagi melindungi sistemnya daripada diakses tanpa kebenaran dan memaklumkan pihak berkuasa berkaitan selain mengenal pasti kesan daripada insiden itu ke atas sistem berkenaan.

Iklan
Iklan

Ia juga telah melibatkan Mandiant, pakar keselamatan siber global terkemuka yang bekerja 24 jam dengan pasukan teknologi komunikasi maklumat dan vendor aplikasinya bagi menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden keselamatan siber itu.

"Sebagai langkah keselamatan, buat sementara kami telah menghentikan operasi tertentu bagi mengelakkan ia terdedah kepada risiko selanjutnya, namun meneruskan operasi bagi menyokong pelanggan kami yang mengalami gangguan minimum,” menurut kenyataan itu sambil menambah maklumat terkini mengenai situasi itu akan diberikan dari semasa ke semasa. - Bernama

Iklan

Iklan