Skuad lebuh raya berpeluang ke Sukan Asia

Iklan
Nur Amirul menyumbang pingat emas dalam acara berbasikal lebuh raya individu lelaki di Sukan SEA Kemboja 2023. - Foto Agensi. Gambar kecil: Abu Samah

SKUAD lebuh raya elit lelaki yang meraih pingat emas menerusi acara lepas beramai-ramai di Sukan SEA 2023 di Siam Reap, Kemboja Jumaat lalu berpeluang untuk bertanding secara automatik ke Sukan Asia 2023 di Huangzhou, China.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab menjelaskan badan kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan syarat wajib cemerlang di Kejohanan Lumba Basikal (Lebuh raya) Asia (ACC) 2023 di Thailand 7 hingga 13 Jun.

Iklan
Iklan

"Skuad elit lelaki hampir memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PKBM dan MOM. Perkara ini (kemungkinan bertanding di Sukan Asia 2023) telah dibincangkan pada mesyuarat Exco Selasa lalu.

Setakat ini Setiausaha Agung PKBM, Arif Astaman dinamakan sebagai pengurus pasukan bagi acara trek Sukan Asia 2023.

Iklan

Abu Samah yang juga Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) menjelaskan mesyuarat Exco Selasa lalu memberi penghormatan kepada semua pihak khususnya pelumba kelab benua yang bekerja keras untuk membawa pulang pingat emas Sukan SEA.

"Kami menghargai sumbangan yang diberikan oleh pelumba dan jurulatih dari TSG (Terengganu Cycling Team) dan Sapura (Sapura Cycling Team).

Iklan

"Bukan mudah untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA kerana Indonesia, Thailand dan Filipina turut memiliki pelumba kelab benua yang sangat kuat,” katanya.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan PKBM akan terus menagih kudrat pelumba dan jurulatih TSG serta Sapura bagi menguatkan penampilan skuad lebuh raya lelaki Malaysia ke ACC Lebuhraya dan Sukan Asia di Huangzhou sekiranya layak nanti.

Bagaimanapun sekiranya layak, Abu Samah percaya laluan getir tetap menunggu skuad lebuh raya elit lelaki kerana Jepun, Iran, Kazakhstan, Korea Selatan, Taiwan, China dan Hong Kong memiliki barisan pelumba profesional ternama.

"Malaysia sudah lama tidak bertanding di peringkat Sukan Asia. Jadi sekiranya mereka berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan untuk ke Sukan Asia di Huangzhou, kita perlukan satu persiapan sangat rapi kerana bakal menentang pelumba Jepun, Iran, Kazakhstan, Korea Selatan, Taiwan, China dan Hong Kong,” katanya.

Berdasarkan prestasi di Sukan SEA lalu, Malaysia dilihat mampu untuk memberi cabaran bermakna sekiranya menurunkan barisan terkuat termasuk pemenang pingat emas di Kemboja Nur Amirul Fakhruddin Mazuki di ACC Lebuhraya 2023.