NEW MEXICO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak perempuan warga Guatemala berusia tujuh tahun meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di Amerika Syarikat.
Kanak-kanak perempuan itu dan bapanya ditahan polis sempadan di New Mexico pada 6 Disember lalu bersama 163 pendatang lain.
Keesokan harinya, kanak-kanak itu mula mengalami sawan lalu dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia.
"Mangsa meninggal dunia akibat ‘dehidrasi dan kejutan’,” lapor akhbar The Washington Post memetik agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP).
Menurut CBP, kanak-kanak itu dipercayai tidak makan atau minum selama beberapa hari.
Agensi yang bertanggungjawab menyediakan makanan dan minuman kepada pendatang yang ditahan kini menjalankan siasatan bagi mengetahui sama ada langkah sewajarnya telah dipatuhi.
Kematian tersebut menimbulkan persoalan tentang kondisi pusat tahanan kelolaan pihak berkuasa di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump. - Al-Jazeera