Coldplay: Kerajaan Madani tapi import budaya negatif - Berjasa

Iklan
Zamani Ibrahim

SHAH ALAM - Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mempersoalkan kewajaran Kerajaan Madani mengalu-alukan kedatangan kumpulan rock terkenal British, Coldplay untuk mengadakan konsert jelajahnya di Malaysia, November depan.

Presidennya, Zamani Ibrahim berpandangan, tindakan itu seolah-olah tidak seiring dengan makna ‘Kerajaan Madani’ yang sepatutnya menjadi pemerintahan membina kemanusiaan dengan nilai akhlak mulia bagi sebuah negara.

Iklan
Iklan

Zamani berkata, atas faktor tersebut beliau hairan bagaimana kerajaan hari ini boleh menekankan mengenai Kerajaan Madani, namun dalam masa sama mengimport budaya boleh merosakkan anak watan.

"Kerajaan Madani bila bercakap berkaitan Coldplay, saya hairan kenapa dikatakan (diucap) selamat datang ke Malaysia, sedangkan kerajaan Madani adalah kerajaan membina kemanusiaan untuk membina nilai akhlak mulia bagi sebuah negara yang rakyatnya hebat.

Iklan

"Apakah ini yang kita harapkan? Bercakap mengenai kerajaan Madani, tetapi kita mengimport perkara yang boleh merosakkan anak watan,” soalnya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mengalukan-alukan kedatangan kumpulan Coldplay ke Malaysia untuk menjayakan konsertnya pada 22 November.

Zamani menambah, kerajaan tidak sepatutnya mengorbankan akhlak kemanusiaan dan nilai negara demi keuntungan cukai hiburan yang tidak seberapa.

Iklan

"Jadi, kalau kita memandang nilai cukai hiburan itu lebih penting daripada nilai kemanusiaan negara kita, maka saya rasa kerugian kepada negara kita sedangkan pemimpin bertanggungjawab di atas penjagaan kepimpinannya.

"Maka, kerajaan bertanggungjawab memastikan tidak berlaku apa-apa kerosakan moral akhlak pada anak watan pada negara kita ini,” katanya.