BUKAN senang nak mengandung. Jangan ingat usaha untuk mengandung semudah ABC.
Ada pasangan suami isteri yang dikurniakan rezeki dengan cepat. Ada pula yang terpaksa menunggu dengan lebih lama.
Ketepikan masalah tidak subur. Anda mungkin sedang melakukan kesilapan yang patut dielak ini.
Tapi, kalau anda tak melakukan 7 kesilapan tersebut, mungkin ada beberapa sebab tertentu yang mengurangkan peluang anda untuk hamil.
Antaranya adalah seperti enam sebab tersembunyi yang dikongsikan Bright Side ini:
1. Makan terlalu banyak lemak trans
Lemak trans yang banyak dalam makanan yang dibakar, pizza, makanan ringan seperti fries dan makanan bergoreng amat tidak bagus untuk kesuburan anda.
Malah ia juga meningkatkan peluang sehingga 73 peratus untuk anda terkena gangguan ovulasi.
Jadi, cuba kurangkan makanan lemak ini. Anda harus makan lebih banyak karbohidrat sihat, seperti buah pisang, bijirin gandum, badan, yogurt dan buah beri.
2. Terlebih bersenam
Bersenam memang bagus untuk kesuburan anda. Namun, jumlah senaman yang mencukupi itu juga penting.
Kajian mendapati terlebih bersenam mampu memberi kesan pada tenaga dan kitaran reproduktif anda.
Dengan terlebih bersenam, anda akan lebih susah untuk hamil. Kunci di sini adalah bersederhana.
3. BMI anda rendah
BMI adalah kiraan yang mengira berat dan tinggi badan anda.
BMI yang rendah dan tidak normal akan meningkatkan risiko gangguan ovari, ketidaksuburan dan masalah kelahiran pramatang.
Individu dengan BMI yang rendah juga biasanya akan mempunyai masalah pemakanan, lalu memberi kesan pada kitaran haid dan tahap kesuburannya.
Jika anda susah untuk mengekalkan berat badan yang sihat, cuba guna sebarang aplikasi telefon pintar yang boleh mengira kalori dan berat badan anda.
4. Pasangan anda tertekan
Menurut Baby Center, kajian membuktikan tahap kesuburan seseorang lelaki boleh terjejas kerana tekanan hidup.
Ia termasuklah tekanan hidup akibat kerja, keluarga dan kehidupan sosial.
Lelaki yang tidak mampu untuk menangani tekanan akan menerima impak negatif dalam tahap kesuburannya.
5. Anda salah guna minyak pelincir (lubricant)
Minyak pelincir (lubricant) tidak sepatutnya digunakan oleh anda jika anda sedang cuba untuk hamil.
Ia akan"menyekat” sperma daripada sampai ke telur. Namun, kalau anda masih mahu menggunakannya, cuba guna minyak pelincir yang betul.
Ada minyak pelincir yang bagus untuk kesuburan lelaki dengan tahap pH yang bersesuaian.
6. Anda salah kira bila anda subur
Memang susah hendak mengira dan mengetahui bila waktu anda subur jika haid anda tidak normal.
Tapi, teknologi sekarang boleh membantu. Anda boleh cuba memuat turun pelbagai aplikasi tracker seperti Flo Period Tracker untuk mengira kitaran haid anda.
Malah jika anda hamil pun, anda masih boleh menggunakan aplikasi tracker ini. Hanya tukar ia ke mod mengandung sahaja!
Mari sama-sama kita berkongsi pengetahuan ini.
Untuk anda yang masih kurang bernasib baik dalam pencubaan untuk mengandung, bersabarlah. Kami doakan agar usaha anda itu akan membuah hasil kelak!
Rujukan: Bright Side
Sumber: theAsianparent