KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan masa bidaan siri nombor pendaftaran FF menerusi sistem JPJeBid yang dijadual tamat hari ini hingga 10 malam esok (19 Mei).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu diambil selepas mengambil maklum aduan orang ramai tentang sistem JPJeBid yang tidak stabil apabila tempoh untuk pembidaan bagi nombor plat FF akan berakhir disebabkan trafik yang tinggi.