SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar meramalkan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bakal diadakan serentak awal bulan Ogos nanti.
Menurut Wan Ahmad, keputusan itu amat signifikan kerana tempoh berakhir penggal pentadbiran beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti Selangor, Kelantan dan Terengganu bakal mencapai tempoh matang dan terbubar secara automatik pada akhir Jun ini.