Petrosains RBTX Challenge terima sambutan menggalakkan

Iklan
Antara aksi peserta yang menyertai pertandingan Robo Sumo di Petrosains RBTX Challenge 2022.

SHAH ALAM - Petrosains RBTX Challenge menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan melebihi 2,900 yang melibatkan hampir 8,000 peserta dari dalam dan luar negara melalui pelbagai program berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Sdn Bhd, Ezarisma Azni Mohamad berkata, ia sekali gus melayakkan program itu menerima pengiktirafan"Most Participants in a Robotic Learning Event 2022” oleh Malaysia Book of Records.

Iklan
Iklan

Katanya, program tersebut merupakan platform untuk melahirkan bakat muda yang mempunyai keupayaan berinovasi secara lestari yang penting dalam memacu pembangunan negara secara mampan pada masa akan datang.

"Pertandingan Petrosains RBTX Challenge mula diperkenalkan pada tahun 2018 oleh Petrosains, The Discovery Centre yang merupakan wadah impak sosial Petronas dalam usaha memperkasakan ilmu dalam bidang pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

Iklan

"Selain membantu penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dan keupayaan untuk berinovasi, pertandingan ini dapat melatih pelajar sekolah dalam bidang rekaan, pengekodan dan latihan sensor asas dalam penciptaan robot," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

(Dari kiri) Pengarah Jabatan Program Petrosains Sdn Bhd, Norhana Hamim; Ketua Jabatan Strategi dan Perkhidmatan Korporat, Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas, Shah Rizal Dahlan, Lih Kang (tengah), Pengerusi Lembaga Pengarah Petrosains, Datin Anita Azrina Aziz dan ahli Lembaga Pengarah Petrosains Syed Muhafiz Syed Bakar semasa pelancaran pertandingan Petrosains RBTX Challenge 2023.

Hari ini, Petrosains mengadakan majlis pembukaan untuk penyertaan dalam pertandingan Petrosains RBTX Challenge yang dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Iklan

Tambah Ezarisma Azni, pertandingan itu mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan menampilkan tiga kategori utama, iaitu Robo Sumo, Robo Tracer dan Innovation.

"Peserta dari Malaysia boleh menyertai semua kategori manakala pasukan antarabangsa boleh mengambil bahagian di dalam kategori Robo Tracer (Open), Robo Sumo (3kg) serta Innovation (Advance).

Beliau turut memberitahu, mereka yang layak bagi kategori Robo Tracer akan maju ke pusingan kelayakan dan akan diadakan secara dalam talian pada bulan September 2023.

"Manakala, pasukan yang terpilih bagi kategori Robo Sumo dan Innovation akan terus bertanding di pertandingan akhir pada bulan Oktober 2023.

"Juara bagi pertandingan Petrosains RBTX Challenge akan memenangi hadiah wang tunai bernilai lebih dari RM40,000 serta e-sijil dari Petrosains," jelasnya.