Seaman puji impak Arteta

Iklan
Arteta - Foto AFP

BEKAS Penjaga gol Arsenal, David Seaman memuji sentuhan luar biasa Mikel Arteta yang mampu mengubah Arsenal untuk menyaingi Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Gunners akan bermain dalam Liga Juara-Juara tahun depan buat kali pertama sejak musim 2016/2017 selepas kempen mengagumkan yang menyaksikan mereka mendahului liga sebelum prestasi sedikit merosot beberapa minggu kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Dia yang juga bekas penjaga gol England memuji impak pengurus Sepanyol tersebut walaupun ia merupakan peranan pertamanya dalam bidang pengurusan.

Malah, Seaman percaya bekas kelabnya itu untuk sedang mengambil langkah lebih jauh ke arah cita-cita jangka panjang mereka untuk menjulang trofi musim depan.

Iklan

"Segalanya bergantung kepadanya sendiri, cara dia mencorakkan permainan, kepercayaan, tuntutannya terhadap pemain itulah yang akhirnya diperagakan di atas padang.

"Proses yang Arteta lakukan ini sudah menampakkan hasil. Malah, sebelum ini apabila dia bercakap mengenai proses ketika dia mula-mula tiba, ramai yang mempersoalkannya memandangkan persembahan anak buahnya bukan di tahap terbaik, tetapi saya sempat melihat apa yang dilakukan oleh Mikel di padang latihan dan saya dapat menyaksikan semangat dan bimbingannya yang menakjubkan.

Iklan

"Arsenal akan menilainya berdasarkan pencapaiannya dalam UCL tetapi saya berharap mereka mampu meraih gelaran itulah matlamat utamanya, di situlah kelab perlu beradam iatu kembali ke kerangka memenangi piala," katanya.