KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengesahkan penahanan seorang pegawai agensi itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Hire 2.0 semalam.
Perkeso dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung insentif pengambilan pekerja bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana).