Lelaki Pakistan ditahan didakwa rogol OKU

Iklan
Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan atas dakwaan merogol seorang wanita OKU di Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan selepas didakwa merogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di Pengkalan Chepa di sini pada Rabu.

Kejadian sekitar jam 1 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 30 tahun sedang berjalan kaki ke sebuah kedai makan sebelum didatangi oleh suspek.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berkait kes rogol melibatkan mangsa seorang OKU (ketidakupayaan intelektual) pada jam 5.35 petang.

"Berdasarkan keterangan mangsa, suspek yang berusia 42 tahun telah mengajak ke bahagian tingkat atas sebuah rumah kedai dan bertindak merogolnya.

Iklan

"Perempuan tersebut telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk pemeriksaan dan rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek adalah negatif.

Iklan

Mohd Rosdi memberitahu, suspek juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

"Lelaki terbabit direman selama tujuh hari bermula 18 hingga 24 Mei untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.