Pokok tumbang akibat ribut di ibu negara

Iklan
Kejadian pokok tumbang selain kerosakan kenderaan dan rumah di beberapa lokasi sekitar ibu negara pada Jumaat susulan hujan lebat dan ribut.

KUALA LUMPUR - Kejadian pokok tumbang selain kerosakan kenderaan dan rumah di beberapa lokasi sekitar ibu negara pada Jumaat susulan hujan lebat dan ribut.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan pokok tumbang di 19 lokasi sekitar ibu negara setakat jam 8.12 malam tadi.

Iklan
Iklan

"19 lokasi itu termasuk Jalan Kuching, Jalan Ampang, Jalan Jinjang Aman 2, Jalan Kampung Padang Balang, Jalan Danau Saujana 1 Danau Kota, Jalan Sultan Ismail (Bukit Nanas), Jinjang Selatan, Astana Mont Kiara, PSN Raja Chulan dan Kampung Padang Balang.

"Selain itu, pokok tumbang juga dilaporkan di Jalan Dato Senu 26, Jalan Syed Putra, Jalan Stesen Sentral 2, Jalan Ipoh (SMK Batu Muda), Tasik Titiwangsa, Jalan Udang Kepal Segambut, Masjid Negara, Jalan Santan, Segambut dan Jalan 2/23D Danau Kota,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Tambahnya, APM turut menerima laporan kenderaan membabitkan kereta dan motosikal yang rosak selepas dihempap pokok tumbang.

Katanya, beberapa jalan turut terhalang akibat pokok tumbang.

Iklan

"Tugas dan kerja mengalihkan pokok telah dijalankan,” ujarnya.