KULAI - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Plaza Tol Senai Utara, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yau, lelaki warga tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dalam kemalangan berkenaan.