Akta baharu bolehkan penagih selain dadah jalani rawatan bawah AADK

Iklan
Sutekno ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Aidilfitri AADK di Ibu Pejabat AADK, Kajang. - Foto Bernama

KAJANG - Akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang bakal digubal, akan membolehkan penagih selain dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), kata Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon.

Beliau berkata, pada masa ini rawatan dan pemulihan penagih selain dadah seperti penagihan daun ketum bukan di bawah bidang kuasa AADK.

Iklan
Iklan

"Yang kita titik berat sekarang ini adalah untuk tambah baik akses kita dalam memulihkan penagih, contohnya untuk ketum, siapa yang menagih,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya AADK di Ibu Pejabat AADK di sini, pada Jumaat.

Menurut Sutekno, dengan adanya akta baharu itu kelak, penagih selain dadah seperti penagih ketum boleh disenaraikan di bawah AADK untuk dirawat di bawah agensi itu.

Iklan
Iklan

Isnin lepas, Bernama melaporkan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan draf rang undang-undang bagi mewujudkan akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai ini. - Bernama