KKM perlu perketat kawal selia vape elak salah guna

Iklan
Ridhwan

SHAH ALAM - Dewan Perniagaan Vape Malaysia (MVCC) tetap menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan generasi penamat (GEG), namun menyokong jika kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil inisiatif bagi mengawal selia rokok elektronik atau vape.

Setiausaha Agungnya, Ridhwan Rosli berkata, kawal selia itu bertujuan mengelak penyalahgunaan vape yang akan mengakibatkan kesan lebih buruk dan bahaya daripada rokok.

Iklan
Iklan

"Kita risau apa yang ada di pasaran itu sebenarnya dipelopori pemborong selain vape.

"Malah, (sikap) pemborong yang menjual selagi boleh dijual ini sebenarnya bukan pemain industri vape sebaliknya mereka menangguk di air keruh (cuba mengambil kesempatan demi kepentingan dan keuntungan diri sendiri).

Iklan

"Justeru, kami mengharapkan dengan adanya kawal selia dan ditambah baik mengikut keadaan semasa," katanya.

Program Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus membincangkan tajuk ‘Cukup Selamatkah Vape di Malaysia sebagai Pengganti Rokok?’ yang menampilkan panel Pakar Perubatan Keluarga PPUM & Ahli Nicotine Addiction Research UM, Dr Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim dan Setiausaha Agung MVCC, Ridhwan Rosli (kanan) pada Jumaat. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

Beliau berkata demikian selaku panelis program Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Cukup Selamatkah Vape di Malaysia sebagai Pengganti Rokok?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Turut menjadi panel ialah Pakar Perubatan Keluarga PPUM & Ahli Nicotine Addiction Research UM, Dr Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim manakala Finaz Yunus sebagai hos.

Dalam pada itu, Ridhwan turut mengakui pihaknya tidak mengetahui bahan yang terkandung dalam perisa vape.

"Sedih untuk saya kongsikan. Tidak ada, 83 peratus menyatakan pengurangan kemudaratan itu hanya satu persepsi," ujarnya.

Susulan itu, tambah Ridhwan, negara perlu mempunyai mekanisme iaitu pengawalan tegas, ketat dan sesuai.

Ujarnya, langkah berkenaan juga bagi memastikan industri yang memberi nilai RM2 bilion kepada kerajaan ini tidak akan menjadi haram.

"Ia berisiko untuk menolak industri vape sebagai satu industri gelap. Contoh seperti Singapura, Thailand mengharamkan (vape) tapi penyeludupan berleluasa.

"Saya percaya KKM boleh menambah baik lagi (usaha kawal selia) kerana jujur kami katakan jika Malaysia haram vape, maka MVCC takkan wujud lagi dan menyebabkan penjualan secara haram jadi lebih mudah," jelasnya.