KOTA BHARU - Polis Kelantan mempertingkatkan kawalan dan pemantauan terhadap rumah-rumah ibadat di seluruh negeri ini susulan arahan daripada pucuk pimpinan pihak berkuasa itu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa oleh anggota berpakaian seragam atau biasa bagi memastikan tahap keselamatan di tempat berkenaan terjamin untuk digunakan masyarakat.