WASHINGTON - Lebih 100,000 rakyat Amerika Syarikat (AS) maut akibat mengambil dos dadah berlebihan pada 2022, lapor Xinhua berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Tahun 2022 merekodkan kira-kira 109,680 orang maut akibat mengambil dos dadah yang berlebihan, menurut CDC pada Rabu.