Rashford akan terus kekal bersama United

Iklan
RASHFORD

ERIK ten Hag yakin Marcus Rashford tidak akan meninggalkan pasukan dan menyambung kontrak bersama Manchester United.

Rashford hanya mempunyai baki setahun dalam kontraknya bersama kelab yang diwakilinya sejak sejak berusia tujuh tahun.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu menafikan laporan awal tahun ini bahawa dia menuntut £500,000 (RM2.82 juta) seminggu.

Ten Hag yang kelihatan tenang dalam situasi Rashford itu berkata:"Saya tahu (ia mengambil masa), tetapi saya tidak bercakap mengenai proses itu.

Iklan

"Kami perlu layak ke Liga Juara-Juara dan fokus pada misi itu. Marcus mahu kekal dan kami mahu dia kekal, jadi saya fikir kami akan mencapai persetujuan," katanya.

Ketidakpastian terhadap proses pengambilalihan United sudah pasti akan menimbulkan kebimbangan mengenai prospek mereka untuk jendela perpindahan musim panas.

Iklan

"Kami melakukan tugas kami dan kami bekerja keras tetapi, buat masa ini ia mengenai perlawanan dan mara ke Liga Juara-Juara serta Piala FA.

"Bagi saya, ia adalah mengenai kewangan dan ada wang yang tersedia untuk melakukan perkara yang betul," katanya.