Ribut: Lima Perumahan Awam terjejas dinding, bumbung tercabut

Iklan
Kontraktor DBKL menjalankan kerja pembaikan sementara susulan ribut pada Jumaat. Dinding sementara telah dipasang pada unit terjejas ribut pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Dinding sebuah unit di Perumahan Awam (PA) Loke Yew tercabut manakala bumbung empat unit PA Seri Johor tercabut susulan hujan ribut pada Jumaat.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera menutup lokasi terjejas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerja pembaikan sementara telah dilakukan sebelum baik pulih sepenuhnya dilakukan.

"Selain itu, kerja pemasangan kanvas sementara telah dilakukan di empat unit terlibat bumbung tercabut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

DBKL berkata, bekalan elektrik di unit terlibat juga telah diputuskan bagi tujuan keselamatan.

"Penghuni yang terlibat telah berpindah ke rumah saudara mara di kawasan berhampiran dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka buat masa ini," ujarnya.

Iklan

Pada malam Jumaat, Kuala Lumpur dilanda hujan lebat berserta ribut dengan beberapa insiden pokok tumbang dilaporkan di ibu kota.

Antara lokasi terlibat pokok tumbang termasuk di Jalan Kampung Attap, Jalan Sultan Ismail, Blok 19 Taman Bukit Angkasa, Pejabat Kesihatan Kepong, Jalan Ayer Jernih dan Flat Danau Kota.