Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Iklan
Laporan Sinar Harian.

ALOR SETAR - Pemergian Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya, semalam adalah satu kehilangan besar buat APM dan negara.

Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, 70, berkata, beliau mula mengenali Allahyarham pada 2020 apabila menjadi sukarelawan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT).

Iklan
Iklan

"Saya melibatkan diri dalam CDERT menerusi sebuah koperasi yang saya sertai dan dari situlah saya mula mengenali Allahyarham. Saya masih ingat, pertemuan pertama dengan arwah, dia seorang yang sangat mesra dan merendah diri dan dia juga meminati sukan bola sepak, jadi dia memang kenal saya.

"Dari situlah kami mula rapat dan banyak bersembang. Saya juga kerap berjumpa dengan arwah terutamanya ketika menghadiri kursus seperti latihan water confident (keyakinan ketika berada dalam air), menyelam selain menyertai misi bantuan banjir,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, Allahyarham yang juga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) itu juga merupakan seorang yang berjiwa besar dan sangat berbangga untuk membawa nama APM dan negara ke persada dunia.

"Allahyarham sentiasa beritahu dia bangga apabila dapat mengibarkan bendera APM dan Jalur Gemilang di Gunung Everest. Jadi, APM dan negara telah kehilangan seorang ketua yang sangat baik dan sama sekali tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang arwah miliki,” katanya.

Iklan

Azraai Khor berkata, beliau mengetahui tentang pemergian Allahyarham daripada rakan-rakan APM yang lain dan sehingga kini masih tidak percaya dan bersedih dengan kejadian yang menimpa arwah.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada Mac lalu tetapi selepas itu saya ada berhubung dengannya melalui panggilan telefon atau ‘Whatsapp’. Saya juga sempat mengirimkan bekalan ikan pekasam dan minyak panas kepada arwah untuk dibawa ke misi pendakian di Everest.

"Allahyarham sudah hampir tiba ke puncak tetapi tiada siapa yang boleh menolak takdir ALLAH, cuba sedikit sukar untuk percaya bahawa arwah sudah tiada,” katanya.

Awang Askandar, 56, dilaporkan terjatuh ketika melakukan pendakian pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut sebelum disahkan meninggal dunia ketika hendak diberikan rawatan di Kem 4. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest