3 beradik tak menang tangan pasang, baik pulih penyaman udara

Iklan
Mohd Subadron sedang memasang dan membaiki pendingin hawa di sebuah syarikat swasta berikutan musim kemarau yang sedang melanda negara ketika tinjauan pada Sabtu - Foto Bernama

TANAH MERAH - Musim cuaca panas membuka peluang kepada tiga beradik yang mengusahakan perkhidmatan pemasangan dan membaikan penyaman udara untuk meraih pendapatan lumayan.

Mohd Subadron Shafie, 31, berkata, sejak beberapa bulan lalu disebabkan suhu persekitaran yang panas, ramai mencari perkhidmatan pemasangan dan membaikan penyaman udara.

Iklan
Iklan

"Saya menceburi perkhidmatan membaik pulih sejak 2014 dan tahun ini peningkatan permintaan terhadap keperluan penyaman udara bertambah secara mendadak.

"Bagaimanapun kerja saya menjadi mudah dan lancar apabila dibantu dua adik, Mohd Syafiq, 28 dan Shahrul, 22, yang membolehkan kami memenuhi kehendak pelanggan sama ada daripada rumah persendirian mahupun syarikat swasta," katanya kepada Bernama, di sini pada Sabtu.

Iklan

Mohd Subadron berkata, pada musim kemarau ketika ini, pendapatan seharian mereka juga meningkat kepada kira-kira RM300 sehari berbanding kurang RM200 sebelum ini.

Bercerita lanjut, dia berkata, cuaca panas kali ini juga memberi rezeki lebih kepada mereka yang memperoleh pendapatan berganda iaitu lebih RM1,000 seminggu menerusi kadar harga perkhidmatan RM150 setiap kali pemasangan atau baik pulih penyaman udara.

Iklan

"Disebabkan permintaan tinggi terhadap penyaman udara, kebanyakan kedai sudah kehabisan bekalan, oleh itu keadaan ini mendorong saya membuat tempahan lebih awal.

"Kami menawarkan perkhidmatan pasang dan membaiki penyaman udara di sekitar Tanah Merah, Pasir Mas, Machang dan Jeli," katanya menambah kerja-kerja pemasangan dan membaik pulih juga dilakukan pada malam hari, kerana tidak menang tangan pada waktu siang.

Subadron berkata, bidang kerjaya itu diceburinya selepas menamatkan pengajian di Giat Mara dan pengalaman dikutip semasa bekerja dengan beberapa syarikat sebelum memberanikan diri mengusahakan perniagaan sendiri.

Katanya, selain menawarkan perkhidmatan pemasangan penyaman udara, mereka turut menyediakan perkhidmatan membaiki dan memasang pendawaian elektrik. - Bernama