NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lapan jemaah umrah dari Pakistan terbunuh dalam kebakaran hotel di Makkah.
"Kami menerima laporan mengenai lapan kematian dan enam lagi warga Pakistan cedera dalam kejadian itu. Kedutaan kami di Jeddah sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan keluarga mereka," lapor Associated Press of Pakistan (APP) memetik jurucakap kementerian luar pada Jumaat.