Rangkaian 5G capai hampir 60 peratus di Malaysia - Fahmi

Iklan
Fahmi berswafoto dengan orang ramai selepas merasmikan program Jiwa Kita Madani di pasaraya Mydin, pada Sabtu. - Foto Bernama

KUCHING - Peratus capaian rangkaian 5G di Malaysia setakat penghujung April lalu telah mencapai 59.5 peratus, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Katanya, peratus capaian rangkaian 5G bagi negeri Sarawak pula telah mencapai 34 peratus.

Iklan
Iklan

"Jumlah capaian (di Sarawak) ini bagi saya belum memadai, oleh sebab itu saya minta Kerajaan Sarawak untuk menyenaraikan beberapa lokasi (untuk diberi capaian 5G) dan menyelaras dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Penyelarasan ini penting bagi memastikan lokasi yang diingini kerajaan negeri itu akan dapat kita ‘rollout’ 5G dalam masa terdekat,” katanya semasa berucap di Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2023 di sini, pada Sabtu.

Iklan

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan mempunyai sasaran 80 peratus kawasan berpenduduk mendapat liputan rangkaian 5G sebelum akhir tahun ini. - Bernama

Iklan