Kelantan United tak pernah mengalah

Iklan
Kekalahan 1-3 kepada Kuala Lumpur City FC menyaksikan Kelantan United terus kekal di kedudukan tercorot liga dengan sembilan kekalahan dan dua seri. Gambar kecil: Nazrulerwan

KELANTAN United tidak akan mengalah dalam misi meraih kemenangan pertama musim ini biarpun buntu mencatat tiga mata dalam 11 perlawanan Liga Super.

Penolong pengendali Kelantan United, Nazrulerwan Makmor positif kelab yang melakukan penampilan pertama liga elit itu mampu pergi lebih jauh musim ini.

Iklan
Iklan

Malah jelasnya, skuad Kijang Hijau juga menyasarkan mengakhiri cabaran musim di tangga kelapan hingga 10 liga.

"Kami akan berusaha membuktikan dan cuba sedaya upaya dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan selepas ini.

Iklan

"Ya, Negeri Sembilan memiliki pemain berkualiti, begitu juga Kelantan United. Cuma kita masih belum menjanakan gol untuk kemenangan pasukan,” katanya pada sidang akhbar selepas aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nazrulerwan gembira apabila anak-anak buahnya menunjukkan peningkatan prestasi permainan dan hanya terlepas peluang untuk meraih kemenangan pertama.

Iklan

"Kami dapat tunjukkan bahawa Kelantan United bukan pasukan belasahan dan berusaha memberikan permainan yang baik,” katanya.

Bagaimanapun, Nazrulerwan mengakui kelemahan Kijang Hijau tidak dapat menjaringkan gol berbanding lebih banyak melepaskan gol kepada lawan.

"Dalam bola sepak, kita kena menyerang untuk bertahan. Bermaksud, kita perlu menyerang untuk menjaringkan gol dan selepas itu bertahan.

"Jika tidak dapat menjaringkan gol, maka kita perlu terima akibatnya,” katanya.

Kekalahan 1-3 kepada Kuala Lumpur City FC menyaksikan Kelantan United terus kekal di kedudukan tercorot liga dengan sembilan kekalahan dan dua seri.