Hujan lebat, dua kejadian pokok tumbang

Iklan
Anggota bomba dan penyelamat sedang memotong pokok tumbang di ibu kota pada Ahad.

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua kejadian pokok tumbang direkodkan susulan hujan lebat di ibu kota pada Ahad.

Bagaimanapun, tiada mangsa direkodkan terlibat dalam kesemua kejadian pokok tumbang tersebut.

Iklan
Iklan

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan dari MERS999 seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian bermula jam 8.05 pagi.

"Berlaku kejadian sebatang pokok tumbang di atas jalan raya di pintu masuk blok D, Dutamas Publika dan sebatang pokok telah tumbang serta menghalang lalu lintas di Jalan Athinahapan 1, Taman Tun Dr Ismail.

Iklan
Iklan

"Kerja-kerja memotong pokok dan mengalihkan pokok sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.