Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Iklan
T Ravichandran ditemui pemberita semasa tiba di KLIA selepas menamatkan misi Everest-Lhotse 2023.

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Pendaki solo negara, T Ravichandran sedih dengan kehilangan dua orang pendaki dari Malaysia iaitu Muhammad Hawari Hashim dan juga Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub semasa Ekspedisi Everest-Lhotse 2023.

Menurut lelaki berusia 58 tahun itu dengan nada sedih, beliau tidak menyangka tragedi yang menimpa dua orang rakyat Malaysia memberi kesan mendalam buatnya.

Iklan
Iklan

"Walaupun kita berbeza pasukan tapi kita sering berjumpa di laluan yang sama. Semasa menuju ke puncak Hawari bersama bersama dengan saya. Tapi nasib tidak menyebelahi dia," jelasnya semasa berada di Pintu Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pada Sabtu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Awang Askandar, 56, dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat, jam 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengahari waktu Malaysia) ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya.

Iklan

Pada masa sama, Pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang berjaya menawan puncak Everest (8,848 meter dari paras laut) pada Khamis dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ravi berkata, semasa kejadian kehilangan yang menimpa Muhammad Hawari dan tragedi Awang Askandar hanya disedari oleh beliau semasa mendapatkan rawatan di Kathmandu.

Iklan

Ulasnya, kejadian yang menimpa dua orang individu itu hanya dimaklumkan oleh petugas di sana dan sehingga kini dia masih mengharapkan ada perkembangan terbaru.

"Tahun lalu kita balik ke Malaysia dengan perasaan bangga, tetapi tahun ini berbeza dan itulah bagaimana Everest berjaya 'menawan' kita.

"Ini merupakan tahun kedua saya bertemu Hawari dan kali ini kami berbeza jadual iaitu beza sehari sahaja," ujarnya.

Selain itu, Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd bersama Himalaya Sports selaku penaja utama berkata, pencapaian Ravi akan memberi inspirasi kepada golongan muda untuk terus percaya pada diri sendiri bagi menghadapi cabaran hidup

"Kami di Himalaya Sports ingin menjadi rakan yang boleh membawa kehebatan individu dan segarkan keadaan semula perasaan anda," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest