SkyWorld rangkul empat Anugerah StarProperty 2023

Iklan
Chee Seng (dua kiri) mewakili SkyWorld menerima anugerah pada malam Anugerah StarProperty 2023.

[DIKEMAS KINI] PEMAJU hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) menerima empat pengiktirafan pada Anugerah StarProperty 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Empat anugerah itu adalah tempat pertama ALL-STARS StarProperty (kategori syarikat tidak tersenarai); Anugerah Frontier Finder (Cemerlang) bagi SkyBlox@SkySanctuary; Anugerah Business Estate (Kepujian) untuk Dataran SAMA@SkySanctuary serta Anugerah Skyline (Kepujian) bagi Curvo Residences@SkyArena.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, kejayaan merangkul semua anugerah itu secara tidak langsung menyuntik motivasi serta galakan kepada syarikat untuk lakukan yang terbaik sebagai pemaju bandar.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan kepada pasukan yang bekerja keras dan menunjukkan komitmen mereka dalam menjayakan perkara ini,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu Chee Seng memaklumkan, SkyWorld sedang membangunkan dua projek pembinaan dibawah SkySanctuary iaitu SkyBlox dan SAMA Square.

Bagi projek SkyBlox yang dibangunkan di atas sebidang tanah terbiar di Setapak, Kuala Lumpur, pembinaan rumah mampan itu menggunakan konsep pasang siap supaya ia boleh dipindahkan dengan mudah ke kawasan lain menggunakan sistem modular.

Iklan

"Kami meluangkan banyak masa untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan kepada pembangunan produk, perancangan reka bentuk dan pengoptimuman kegunaan produk akhir bagi memperhalusi idea penggunaan semula rumah untuk mempromosikan kemampanan," jelasnya.

Kumpulan SkyWorld bergambar dengan anugerah yang diterima pada malam Anugerah StarProperty 2023.

Sementara itu mengenai Dataran SAMA yang juga terletak di Setapak, Chee Seng memaklumkan, SkyWorld telah menetapkan standard yang tinggi dengan sasaran ia dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Beliau berkata, dataran itu akan dilengkapi dengan kemudahan dan perkhidmatan yang dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat serta pengunjung.

"Seni bina dan landskap Dataran SAMA mencerminkan sebuah bandar kontemporari yang mampu membantu memacu pembangunan ekonomi di Setapak selain mewujudkan peluang pekerjaan.

"Selain itu ia akan menyumbang kepada ekonomi tempatan sekali gus meningkatkan nilai hartanah serta kualiti hidup keseluruhan kawasan tersebut.

"Dengan visi untuk 'Menjadikan Kehidupan Lebih Baik', SkyWorld komited dalam menyampaikan pengalaman hidup luar biasa di bandar, selaras tonggak jenama kami (iaitu) Sky Living - Pengalaman, Inovasi dan Penciptaan Nilai,” ujarnya.