9 maut, 100 cedera dalam rempuhan di stadium

Iklan
Penyokong yang cedera dibantu oleh orang lain berikutan rempuhan semasa perlawanan bola sepak antara Alianza dan FAS di stadium Cuscatlan di San Salvador, pada Sabtu. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya sembilan maut dan kira-kira 100 lagi cedera dalam insiden rempuhan di stadium bola sepak di El Salvador, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik akhbar tempatan La Prensa Gráfica pada Sabtu.

Menurut laporan mangsa yang maut terdiri tujuh lelaki dan dua wanita.

Iklan
Iklan

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran stadium Cuscatlán di San Salvador, dengan sekurang-kurangnya dua cedera parah, menurut polis El Salvador di Twitter.

Susulan itu, perlawanan antara FC Alianza dan CD FAS dibatalkan dan anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa.

Iklan
Sekurang-kurangnya sembilan maut dan kira-kira 100 lagi cedera dalam insiden rempuhan di stadium bola sepak di El Salvador. - Foto AFP

Akhbar itu melaporkan bahawa peminat mengadu stadium sudah sesak dan ramai lagi masih menunggu untuk masuk.

"Hanya dua pintu dibuka di stadium dan mereka yang berada di luar stadium tetap mahu masuk menyebabkan berlaku rempuhan...," kata seorang peminat bola sepak.

Iklan

Rempuhan itu menyebabkan kanak-kanak dan warga emas mengalami sesak nafas. - Bernama-dpa