Kerajaan Perak goyah: Razman dicabar kemuka bukti

Iklan
Arafat, Razman

IPOH - Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dicabar mengemukakan bukti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kononnya kerajaan negeri Perak akan bertukar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, DUN Perak merupakan tempat yang paling sesuai mengesahkan dakwaan tersebut dan bukan sekadar memaklumkan ada ADUN kerajaan berjumpa dengan ketua pembangkang itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dakwaan yang dibuat itu tidak berasas kerana kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad kukuh dan lebih stabil untuk memberi fokus kepada pemulihan ekonomi negeri.

"Saya cabar beliau gunakan peluang semasa pengundian memilih Senator pada 25 Mei 2023 untuk membuktikan angka dalam proses meluluskan usul memilih Senator Dewan Negara bagi mewakili negeri Perak pada sidang DUN Perak yang akan bermula dari Isnin 22 Mei 2023, jika benar dakwaan beliau.

Iklan

"Jelas niat Razman untuk menggambarkan kononnya kerajaan Perpaduan Perak tidak stabil supaya pelabur-pelabur kurang yakin dan akan memberi kesan kepada pembangunan, peluang pekerjaan serta ekonomi di negeri ini akhirnya yang akan menyusahkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Razman kepada Utusan bahawa beberapa ADUN kerajaan bertemunya di sebalik khabar angin bahawa kerajaan negeri Perak akan tumbang pada bulan Julai ini.

Iklan

Razman yang juga ADUN Gunung Semanggol bagaimana pun enggan mendedahkan nama ADUN berkenaan dan mengalu-alukan jika benar ADUN kerajaan berkenaan mahu menyokong atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) di Perak.

Kerajaan negeri Perak yang ditadbir oleh parti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mempunyai sokongan 33 orang ADUN manakala pembangkang yang diterajui PN mempunyai 26 ADUN.

Pembangkang hanya memerlukan sokongan empat orang ADUN jika mahu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Pada persidangan DUN Perak kali ini, Usul Pemilihan Ahli Dewan Negara antara yang akan dibentang bagi memilih senator yang akan mewakili negeri Perak.

Setiap blok parti akan mengemukakan cadangan nama dan mengundi calon masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan Perak masih kukuh dengan sokongan 32 ADUN - Saarani

MB Perak akan jelas isu ADUN lompat parti hari ini

'Sudah-sudahlah nak jatuhkan kerajaan'

Kerjasama dengan UMNO tak pinggirkan Amanah - Mujahid

Tak perlu pinda, Pelan Perak Sejahtera selari dasar Malaysia Madani