SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menegaskan bahawa perjuangan Islam itu tidak sepatutnya disempitkan dengan keterikatan terhadap mana-mana parti politik.
Beliau yang juga ahli Majlis Ulamak UMNO berkata, falsafah perjuangan Islam itu sangat luas dan merangkumi pelbagai aspek termasuk menyeru rakyat mentaati pemerintah semasa yang telah dipilih.