KATHMANDU –"Gunung Everest semakin kehilangan salji dan bertukar menjadi lebih kering dan berbatu."
Pendedahan itu dibuat pendaki Britain, Kenton Cool pada Sabtu yang melakukan pendakian kali ke-17 sekali gus mencipta rekod peribadi baru-baru ini.
"Saya tidak pernah melihat kejadian runtuhan batu seperti yang berlaku di Lhotse Face, sepanjang laluan ke puncak sebelum ini," kata Cool, 49, yang pertama kali menawan puncak itu pada 2004.
Menurutnya, keadaan itu jelas menunjukkan betapa keringnya permukaan Everest sekarang.
"Ia mungkin berpunca daripada kurangnya taburan hujan atau salji. Ia juga mungkin impak daripada pemanasan global dan perubahan alam sekitar," ujarnya.
Keadaan itu bagaimanapun tidak akan menghentikan Cool melakukan ekspedisi sama pada masa akan datang kerana dia mahu kembali semula pada 2024.
Sebelum ini, saintis iklim mendakwa suhu bumi telah meningkat secara purata 0.74 darjah Celsius sejak lebih 100 tahun lalu, namun pemanasan di sekitar banjaran Himalaya adalah jauh lebih tinggi berbanding purata global.
Difahamkan, suhu purata di Nepal telah menyaksikan peningkatan sebanyak 0.06 darjah Celsius setiap tahun berikutan kedudukannya antara China dan India yang merupakan dua negara pencemar paling besar di dunia. - Agensi
ARTIKEL BERKAITAN:
Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest
Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara
Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest
Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest
'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'
Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat
Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari
Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung
'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'
Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse
Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest
Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest
Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest
Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki
Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu
Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar