Elak impak lebih buruk

Iklan
Laporan Sukan Sinar pada Jumaat. (Gambar kecil: Mohd Sadek)

ARENA sukan negara sudah boleh menjangkakan musibah lebih besar bakal dialami pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China September depan berdasarkan pencapaian kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berkata, pencapaian negara di Kemboja merupakan petunjuk utama prestasi lebih buruk bakal melanda kontinjen Malaysia di China nanti.

Iklan
Iklan

"Apa yang berlaku pada Sukan SEA Kemboja 2023 boleh menjadi petunjuk kepada Sukan Asia 2022, sama seperti yang berlaku ketika Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dengan kesannya dirasai sehingga Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

"Ramai pihak yang marah dan kecewa apabila atlet negara tidak menyerlah, sebab itu adalah petunjuk kepada Sukan Asia 2022 dan akan mengundang malapetaka.

Iklan

"Jangan terkejut kalau kita gagal pada Sukan Asia nanti. Kena ingat apa yang berlaku pada Sukan Komanwel Gold Coast, kita gagal dan implikasinya kepada Sukan Asia pada tahun sama,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Sebaik tirai Sukan SEA Kemboja 2023 disingkap pada Rabu lalu, kontinjen Malaysia gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sehingga mengundang kritikan ramai pihak.

Iklan

Jumlah 34 emas selain 45 perak dan 96 gangsa yang dibawa pulang pada temasya edisi ke-32 kali ini disifatkan sebagai pencapaian terburuk Malaysia di pentas sukan tertinggi Asia Tenggara itu.

Mengulas lanjut, Mohd Sadek berharap semua pemegang taruh dalam industri sukan negara untuk terus merangka strategi baharu dalam mendepani cabaran akan datang.

"Kita mahu lihat strategi apa yang akan digunakan dan mereka perlu membentangkan apa yang mahu dilakukan. Mereka harus mempunyai perancangan berkesan untuk mengatasi perkara ini.

"Mereka perlu duduk bincang secara holistik mengenai perancangan daripada Sukan SEA 2025 di Thailand sehinggalah Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

"Antara Sukan SEA 2025 di Thailand dan Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur akan berlangsung Sukan Asia dan Komanwel. Jadi fokus betul-betul sehingga Olimpik 2028, elak malapetaka lebih buruk berlaku,” ujarnya.