'Potong dulu ayam, baru timbang'
Iklan
Yusof sedang menyusun ayam jualannya di gerainya di Ladang Rakyat, Bukit Kayu Hitam, Kedah pada Ahad.
KUBANG PASU - Seorang peniaga ayam segar di Ladang Rakyat, Bukit Kayu Hitam di sini mengamalkan konsep potong dahulu sebelum timbang untuk kepuasan hati pelanggannya.
Yusof Ibrahim, 71, yang menjalankan perniagaan menjual ayam selama 33 tahun berkata, bahagian kepala, kaki, hati dan pedal tidak akan ditimbang kecuali diminta oleh pelanggan.
Iklan
Iklan
Katanya, ia bukan satu kerugian kepadanya kerana yang paling penting adalah keberkatan dalam perniagaan.
"Bila kita amalkan berniaga macam ini, pelanggan tak rasa ditipu, sebab bahagian yang dia tak mahu kita tak timbang sekali.
Iklan
"Jadi pelanggan gembira, kita pun senang hati, nikmatnya cukup besar bila kita rasa lapang dada dalam berniaga ini,” katanya ketika ditemui di gerainya di Ladang Rakyat di sini pada Ahad.
Menurutnya, bahagian kaki, hati dan pedal yang tidak ditimbang akan dijual secara berasingan dengan harga RM3 sekilogram.
Iklan
"Jadi nak kata rugi sangat tak, untung sangat pun tak, bahagian yang kita tak ambil itu kalau dikira cuma dalam 30 sen saja, apa lah sangat dengan nilai tu,” katanya.
Yusof berkata, ayam yang hendak dijual akan disembelih setiap pagi selepas Subuh sebelum dibawa ke gerai jualan.
"Semua ayam akan disembelih dan diproses di rumah saya di Felda Bukit Tangga, kemudian pada jam 9 pagi baru saya mai ke gerai.
"Sehari saya jual 100 ekor ayam dengan harga RM10 bagi setiap sekilogram.
"Alhamdulillah kebanyakan pelanggan saya, penduduk kawasan sekitar sini saja,” katanya.
Pelanggan, Mohd Solihin Shabar, 42, berkata, dia gemar membeli ayam di gerai Yusof sejak menetap di Bukit Kayu Hitam 12 tahun lalu.
"Orangnya ramah dan jujur, lagipun pelanggan cuma bayar bahagian yang dimahukan sahaja,” katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam