Tolak sokong DAP, manfaatkan PN - Penganalisis

Iklan
Faktor protes sebilangan pengundi UMNO yang menolak kerjasama parti itu bersama DAP akan memberi manfaat kepada PN pada PRN nanti. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Faktor protes sebilangan pengundi UMNO yang menolak kerjasama parti itu bersama DAP akan memberi manfaat kepada Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Pensyarah Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu, Dr Zaharul Abdullah berpandangan, golongan terlibat terutama orang Melayu yang tidak dapat menerima DAP susulan beberapa pemimpinnya tidak sensitif terhadap isu Melayu-Islam dijangka mengalihkan undi kepada gabungan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tanda bantahan.

Iklan
Iklan

"Sasaran itu boleh dicapai PN atas beberapa sebab (antaranya) PN mengambil alih peranan dan imej pelindung kepada pengundi Melayu Islam daripada UMNO.

"Selain itu, gelombang hijau PN belum reda dan sokongan pengundi dalam pilihan raya umum (PRU) lalu akan diterjemah di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) pula,” katanya.

Iklan

Media melaporkan, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyuarakan sekurang-kurangnya 70 peratus pengundi Melayu pada PRN di enam negeri kelak berdasarkan tinjauan dan data yang dikumpul.

Jelas Zaharul, kekhuatiran orang Melayu terhadap pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam agenda pembangunan menjadi faktor pindah undi penyokong kerajaan kepada pembangkang.

Iklan

"Tiada branding yang khusus tentang agenda pembangunan Melayu kerana Perdana Menteri (hanya) menekankan agenda pembangunan bersifat inklusif. Branding yang tidak jelas dan tidak menonjol itu merisaukan pengundi Melayu.

"Langkah Perdana Menteri untuk tawan hati pengundi Melayu belum mencukupi dan tidak sempat dilaksanakan sebelum PRN, termasuk isu pembangunan seperti air serta infrastruktur lain yang dibangkitkan ketika rumah terbuka beliau di enam negeri,” ujarnya.