TMESA terus bantu majukan pendidikan pelajar

Iklan
Mohd Nawawi bergambar kenangan bersama tetamu jemputan, guru dan pelajar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Naik Taraf Dewan Fatimah di SMK Tengku Mahmud pada Ahad.

BESUT - Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Tengku Mahmud (TMESA) komited untuk terus membantu memberi sumbangan bagi memajukan pendidikan di sekolah berkenaan agar lebih ramai pelajar cemerlang dapat dilahirkan.

Penasihat TMESA, Datuk Mohd Nawawi Ismail berkata, sumbangan dalam bentuk bantuan fasiliti, infrastruktur, kem kecemerlangan dan program motivasi kepada pelajar adalah antara usaha sumbangan bekas pelajar kepada sekolah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terbaharu TMESA berjaya mengadakan program motivasi melibatkan 40 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud pada Sabtu.

"Pada program selama dua hari ini, penuntut UPNM datang berkongsi ilmu, pengalaman, motivasi dan dorongan kepada 147 pelajar sekolah SMK Tengku Mahmud yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Iklan
Mohd Nawawi (tujuh dari kiri) selepas menyempurnakan Perasmian Naik Taraf Dewan Fatimah di SMK Tengku Mahmud pada Ahad.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Ahad selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Naik Taraf Dewan Fatimah di SMK Tengku Mahmud di sini pada Ahad.

Hadir sama, Presiden TMESA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Pengetua SMK Tengku Mahmud, Nathrah Awang Teh dan barisan kepimpinan TMESA termasuk pelakon popular, Wan Hanafi Su yang merupakan alumni SMK Tengku Mahmud.

Iklan

Sementara itu, Nathrah turut merakamkan penghargaan kepada TMESA, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta koperasi sekolah yang membantu menyumbang dana supaya dewan tersebut dapat dinaik taraf untuk kegunaan warga sekolah.

Nathrah berkata, dengan kos sebanyak RM30,000, dewan terbuka yang sebelum ini agak daif kini dapat digunakan bagi menjalankan pelbagai aktiviti sama ada kurikulum mahupun ko-kurikulum dengan lebih selesa.

"TMESA memberi komitmen yang sangat bagus kepada sekolah dengan pelbagai bantuan. Terkini saya dimaklumkan persatuan ini akan menyalurkan biasiswa kepada pelajar daripada golongan B40, namun jumlahnya belum dimuktamadkan.

"Saya harap, hubungan dan kerjasama baik antara TMESA serta SMK Tengku Mahmud akan terus terjalin khususnya dalam aspek kecemerlangan pendidikan anak-anak pelajar,” katanya.