SHAH ALAM - Kementerian Luar memaklumkan usaha membawa turun jasad Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub dari Everest Base Camp ke Kathmandu bermula hari ini.
Jelasnya, bantuan tersebut akan menggunakan helikopter sekiranya operasi membawa turun jenazah dari Camp 4 berjalan seperti dijadualkan.
"Pada masa yang sama, kementerian ini juga ingin memaklumkan bahawa proses mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari Hashim sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Usaha SAR udara telah dijalankan semenjak 20 Mei 2023, namun masih tidak berjaya mengesan mangsa. Proses mencari dan menyelamat kini diteruskan dengan SAR darat di kawasan lurah-lurah ais bermula dari 21 Mei 2023,” katanya menerusi kenyataan Wisma Putra pada Isnin.
Kementerian Luar menambah, pihaknya akan terus menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan proses membawa pulang jenazah dan pencarian pendaki Misi Malaysia Everest 2023 yang masih hilang berjalan dengan lancar.
"Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa,” ujarnya.
Awang Askandar dan Muhammad Hawari terlibat dalam Misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023) yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud.
Mereka memulakan misi menawan puncak tertinggi dunia itu bermula 2 April sehingga 2 Jun,dengan mendapat sokongan kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Misi itu turut mempromosi perpaduan dan membina bangsa Malaysia melalui kepelbagaian bangsa.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest
Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara
Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest
Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest
'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'
Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat
Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari
Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung
'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'
Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse
Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest
Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest
Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest
Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki
Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu
Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar