Kemusykilan ibadat akan dijawab segera

Iklan
Jemaah haji Malaysia melakukan ziarah ke sekitar Masjid Nabawi.

MADINAH - Sebelum jemaah haji berangkat ke Tanah Suci, Tabung Haji (TH) telah mengadakan kursus haji bagi memberikan persediaan yang secukupnya kepada tetamu ALLAH SWT itu.

Lazimnya kursus haji terbahagi kepada empat bahagian iaitu Kursus Asas Haji (KAH), Kursus Intensif Haji (KIH), Kursus Khas Haji (KKH) dan Kursus Perdana Haji (KPH).

Iklan
Iklan

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan dari semasa ke semasa akan wujud kekeliruan dalam kalangan jemaah berhubung aspek hukum apabila mereka berada Makkah dan Madinah.

Bagi mengelakkan jemaah haji bertambah keliru dengan merujuk kepada ‘pakar tidak bertauliah’, TH turut menyediakan pasukan yang pakar dalam sudut agama di Tanah Suci untuk menjawab setiap persoalan yang timbul.

Iklan
Muhammad Fakhrur Ridzwan

Menurut Pengurus Ibadat dan Ziarah di sektor Madinah, Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman, pihaknya mempunyai lapan pembimbing ibadat yang terdiri daripada empat orang untuk zon satu dan dua, manakala bakinya bertugas bagi menyantuni jemaah bagi urusan ziarah.

"Kita juga menggalakkan dan meminta semua jemaah haji untuk mendaftar masuk ke dalam portal e-bimbingan sebab portal itu akan membantu jemaah haji untuk memahami persoalan-persoalan hukum berkaitan haji dan umrah sebelum mereka berangkat ke Makkah.

Iklan

"Bagi pertanyaan-pertanyaan atau kemusykilan yang dihadapi, mereka boleh merujuk kepada guru-guru agama yang kita sediakan di sini ataupun menggunakan talian ibadat bagi mengajukan pertanyaan,” katanya kepada media Malaysia di Madinah.

Kata Muhammad Fakhrur Ridzwan lagi, melalui e-Taib platform pertanyaan menerusi aplikasi WhatsApp dan Talian Ibadah Haji (Taib), jemaah boleh menghantar soalan dan akan dijawab oleh pembimbing ibadat.

"Portal e-Bimbingan konsepnya ialah e-Learning, dalam tu ada kursus yang kita muatkan sebelum ini dan penerangan berkaitan persoalan ibadat haji dan umrah.

"E-Taib pula medium untuk jemaah mengajukan persoalan atau interaksi antara jemaah dengan pembimbing ibadat haji Tanah Suci yang tidak sempat ditemui secara fizikal,”katanya.

Mengulas lanjut mengenai e-Taib, beliau berkata, sektor itu diuruskan oleh empat pembimbing ibadat dan beroperasi 24 jam secara bergilir-gilir.

Menyentuh mengenai soalan lazim yang ditimbulkan jemaah, beliau berkata ia seringkali berkisar mengenai topik bayaran dam (bayaran denda) apabila keguguran rambut dan persoalan (hukum hakam) fiqh wanita yang selalu menjadi persoalan dalam kalangan jemaah wanita.

Berikutan cuaca panas yang dialami Madinah ketika ini, pihaknya telah merancang ziarah luar pada waktu pagi agar jemaah tidak terdedah kepada suhu ekstrem semasa.

Beliau berkata, ziarah luar yang akan bermula pada 23 Mei ini akan cuba dipercepatkan perjalanan, namun bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Untuk ziarah dalam ke Raudhah, ia akan diuruskan TH tanpa perlu menggunakan aplikasi Nusuk seperti mana jemaah yang bergerak secara individu.

Sijil perakuan memasuki Raudhah yang dikeluarkan aplikasi Nusuk.

Aplikasi Nusuk ialah platform digital bersepadu kerajaan Arab Saudi yang menawarkan perancangan yang mudah digunakan untuk perjalanan jemaah umrah dan pelawat ke Makkah serta Madinah.

Nusuk dilancarkan Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi untuk menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan di seluruh ekosistem Visit Saudi termasuk memudahkan visa, permit, proses tempahan dan prosedur.

Nusuk adalah antara inisiatif Program Pengalaman Jemaah Dalam Wawasan 2030 Arab Saudi.