Agrobank perkenal program takaful kepada petani

Iklan
Tengku Ahmad Badli Shah ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan ADFIMI kali ke-76.

AGROBANK mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan program takaful pertama kepada komuniti petani sebagai usaha berterusan untuk menangani isu keselamatan makanan di negara ini.

Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program itu menyediakan perlindungan asas kepada petani daripada kerugian terutama jika ditimpa bencana alam.

Iklan
Iklan

"Kami juga menumpukan kepada pembinaan kapasiti dalam sektor pertanian.

"Ini termasuk melabur dalam program pendidikan latihan untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan petani kami dengan mempromosikan penggunaan teknologi moden mampu milik sebagai amalan terbaik,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau yang juga Naib Pengerusi Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Nasional di Negara Anggota Bank Pembangunan Islam (ADFIMI) berkata, walaupun terdapat pelbagai usaha bagi menyelesaikan isu keselamatan makanan, namun sektor pertanian perlu beralih kepada pertanian lestari.

Tengku Ahmad Badli Shah bergambar bersama ahli ADFIMI.

Tambahnya, ia membantu menangani permintaan segera dan ketersediaan makanan sambil mempertimbangkan kesan jangka panjang aktiviti pertanian terhadap sumber asli negara ini.

Iklan

"ADFIMI harus memanfaatkan kepakaran dan pengetahuan kolektif dalam melaksanakan lebih banyak dasar, perbincangan dan kerjasama strategik untuk menggalakkan penggunaan amalan lestari dalam sektor pertanian,” katanya.