TNI gagalkan cubaan 4 lelaki masuk Malaysia secara haram

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

JAKARTA - Cubaan empat lelaki warga Indonesia untuk masuk dan berkerja di Malaysia secara haram digagalkan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Mereka yang berasal dari Lombok, ditahan agensi perisikan strategik tentera di Kampung Balai Karangan, Mukim Sekayam, Daerah Sanggau, Kalimantan Barat hasil maklumat orang ramai pada 18 Mei.

Iklan
Iklan

Menurut pusat penerangan TNI, kempat-empat mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Mereka telah dipelawa untuk bekerja di ladang ternakan ayam di Serian, Sarawak dan perlu membayar sebanyak 6.7 juta rupiah atau RM2,038 setiap seorang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka termasuk seorang pemandu kini ditahan Polis Entikong untuk tindakan lanjut. - Bernama