SHAH ALAM - Terdapat kemungkinan bahawa pendaki rakyat Malaysia, Muhammad Hawari Hashim yang hilang di Gunung Everest, pada Sabtu terjatuh dari Kem Empat ke Kem Dua berdasarkan penemuan terbaru pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Ahad.
Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin, 57, berkata, adalah mustahil untuk Muhammad Hawari berjalan kaki turun ke Kem Dua berikutan perjalanan dari Kem Empat ke lokasi tersebut mengambil masa kira-kira lima atau enam jam untuk mereka yang profesional.
Ujarnya, jarak ketinggian Kem Empat dan Kem Dua itu juga melebihi 1,000 meter (m) yang mana agak sukar untuk turun ditambah lagi dengan keadaan gunung yang sangat curam.
"Kalau berjalan pun, dia tidak akan nampak sebab dia mendaki (turun). Ia memerlukan tali dan peralatan semua.
"Ia amat sukar. Turun sebenarnya lagi merbahaya daripada mendaki,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Sebelum ini, media melaporkan Pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari yang berjaya menawan puncak Everest (8,848 meter dari paras laut) pada Khamis dilaporkan hilang pada Sabtu.
Perkara itu disahkan Ketua Misi Ekspedisi, Azim Afif Ishak ketika dihubungi Bernama TV dan operasi pencarian masih dijalankan.
Dalam pada itu, ujar Mohd Noor, operasi mencari masih lagi diteruskan di sekitar penemuan jaket berkenaan meskipun kemungkinan peluang untuk Muhammad Hawari hidup itu tipis pada ketika ini.
Tambahnya, keadaan cuaca di kawasan pergunungan itu juga menyukarkan perjalanan operasi yang dilakukan oleh SAR dalam menyelamat mangsa.
"Operasi mencari ini (dilakukan) di tempat yang tidak jauh dari jaket itu dijumpai.
"Kita harap dapat jumpa dengan seberapa segera, itulah harapan kami,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest
Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara
Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest
Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest
'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'
Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat
Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari
Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung
'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'
Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse
Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest
Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest
Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest
Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki
Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu
Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar