TikTok fail saman terhadap negeri Montana

Iklan
TikTok memfailkan saman untuk membatalkan langkah Montana mengharamkan platform media sosial itu.

NEW YORK - TikTok memfailkan saman untuk membatalkan langkah Montana mengharamkan platform media sosial itu, menurut syarikat berkenaan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Kami mencabar tindakan tidak berpelembagaan Montana yang mengharamkan TikTok untuk melindungi perniagaan kami dan ratusan ribu pengguna di Montana.

Iklan
Iklan

"Kami yakin langkah perundangan yang kami ambil bersandarkan kepada fakta yang sangat kuat," tulis TikTok di Twitter.

Montana menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menyekat aplikasi perkongsian video itu, apabila Gabenor Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang mengenai larangan itu pada Rabu.

Iklan

Peraturan baharu itu melarang App Stores daripada menawarkan perkongsian video mulai 1 Januari 2024 dan menghalang TikTok beroperasi sebagai perniagaan di negeri ini.

Setiap hari jika platform media sosial itu masih tersedia, penyedia aplikasi itu perlu membayar denda AS$10,000 sehari.

Iklan

Pengguna tidak dikenakan denda dan mereka yang sudah mempunyai aplikasi itu pada peranti sendiri tidak terjejas.

Lima pencipta kandungan TikTok yang tinggal di negeri ini turut memfailkan saman yang sama beberapa jam selepas rang undang-undang itu ditandatangani. - Bernama-dpa