'Sudah separuh ibu makan baru sedar ada kuku dalam makanan'

Iklan
Pengguna Twitter tu turut berkongsi dua gambar yang jelas menunjukkan beberapa potong kuku di pinggan makanan berkenaan.

SHAH ALAM -"Sudah separuh ibu makan baru tersedar ada kuku dalam makanan," dakwa seorang pengguna Twitter yang memberitahu menemui beberapa potong kuku dalam pinggan makanan ibunya di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pengguna Twitter itu turut berkongsi dua gambar yang jelas menunjukkan beberapa potong kuku di pinggan makanan berkenaan.

Iklan
Iklan

Ujarnya, ketika kejadian dia bersama ibunya sedang menikmati makan tengah hari di restoran tersebut.

"Bukan satu tetapi enam potong kuku dijumpai dalam nasi malah ada dua potong yang ibu dah termakan. Tak terkata," ciapnya di Twitter.

Iklan

Sementara itu, pihak restoran tersebut tampil membuat permohonan maaf menerusi satu hantaran di Facebook rasmi mereka susulan kejadian berkenaan dan melahirkan rasa kesal serta memandang perkara berkenaan sebagai suatu perkara serius.

"Kami ingin memohon maaf atas kejadian yang berlaku melibatkan juadah disediakan. Kami juga amat kesal apabila mengetahui ada seorang pelanggan telah menjumpai benda asing tidak sepatutnya dalam makanannya dan faham akan kebimbangan serta kesulitan telah dilalui akibat kejadian tersebut.

Iklan

"Kami juga memberi jaminan bahawa memandang serius akan perkara ini dan sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk memastikan bagaimana perkara itu boleh terjadi.

Pihak restoran itu juga menegaskan bahawa kejadian itu tidak mencerminkan tahap piawaian tinggi yang ditetapkan sepanjang penubuhan restoran berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pihak restoran telah melaksanakan langkah segera untuk memastikan perkara tersebut tidak akan berulang.

"Kakitangan kami akan menjalani latihan tambahan tentang keselamatan makanan dan protokol pengendalian dan kami juga akan memperkukuh proses kawalan kualiti kami.

"Kami komited untuk membuat penambahbaikan yang diperlukan diseluruh operasi kami demi mendapatkan kepercayaan anda semula.

"Maklum balas anda sangat berharga bagi kami, jadi hubungilah kami secara langsung dengan sebarang cadangan," katanya.

Pihak restoran itu turut memaklumkan akan sentiasa mendengar dan akan melaksanakan perubahan secara aktif untuk mengelakkan insiden serupa daripada berlaku pada masa hadapan.

"Sekali lagi, kami memohon maaf setulus hati kepada pelanggan yang terlibat dengan kejadian ini dan juga kepada semua pelanggan setia kami yang lain.

"Kami berterima kasih atas sokongan berterusan anda semua, dan kami komited sepenuhnya untuk memberikan servis terbaik daripada kami.

"Terima kasih kerana memahami dan memberi kami peluang untuk memperbaiki keadaan. Semoga ALLAH merahmati kita semua," katanya lagi.