SHAH ALAM - Pemberian tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin dikategorikan sebagai tidak sah kerana ia tidak mempunyai nilai.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, cara itu juga bercanggah dengan hukum syarak.
Iklan
Iklan
"Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu.
"Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, tambah Abdul Rahman, mas kahwin biarpun tidak disebut perkahwinan tetap sah.
Jelasnya, tetapi jika semata-mata tiket Coldplay menjadi mas kahwin maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.
Pada Isnin, media melaporkan, seorang pasangan pengantin tular di media sosial Indonesia selepas menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin mereka.