Dah seminggu, tiga pelajar tahfiz belum ditemui

Iklan
Umair Fayed Mahadhir, 13 dan Armand Zafran Musa,14 antara yang dilaporkan hilang.

TAMPIN - Polis masih giat mengesan tiga pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu selepas didakwa melarikan diri dari sebuah pusat tahfiz di sini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Ramli Kasa berkata, berdasarkan maklumat mereka dipercayai berada di sekitar Putrajaya, Selangor.

Iklan
Iklan

"Maklumat tersebut diperolehi daripada keluarga mangsa namun polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kehilangan pelajar ini selepas menerima laporan di Balai Polis Bahau pada 24 dan 25 April lalu.

"Semua aspek turut diambil kira termasuk maklumat orang ramai yang mengatakan kali terakhir melihat mereka di sekitar Putrajaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Ramli berkata,hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga pelajar itu dipercayai melarikan diri disebabkan masalah disiplin.

"Bagaimanapun punca sebenar kejadian dan usaha mengesan kesemua pelajar itu giat dilakukan," katanya.

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan tiga pelajar tahfiz dilaporkan hilang dan kini masuk hari ke tujuh mereka hilang.

Bagaimanapun, menurut pengetua tahfiz tersebut, Suhaimi Othman pada awalnya lima pelajar merancang melarikan diri namun hanya tiga orang sahaja yang nekad berbuat demikian.

Katanya, hasil siasatan yang dilakukan oleh pihaknya bersama dua pelajar itu, mendapati mereka merancang untuk keluar daripada pusat tahfiz itu dan mencari kerja di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Rupanya dah lama rancang nak lari '