JPJ Perak kutip RM487,750 hasil lelongan kenderaan sita

Iklan
Lelongan Awam melibatkan 41 kenderaan sita berjaya menghasilkan kutipan sebanyak RM487,750 di JPJ Perak pada Selasa. - Foto: ihsan JPJ Perak

IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan sebanyak RM487,750 hasil lelongan kenderaan sita di sini pada Selasa.

JPJ Perak dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 41 kenderaan yang telah disita atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 terlibat dalam lelongan awam itu.

Iklan
Iklan

"Lapan motosikal, 32 kereta dan sebuah van dilelongkan. Daripada jumlah itu, 35 kenderaan boleh dilesenkan manakala enam lagi tidak boleh dilesenkan (skrap).

"Kereta jenis Honda Integra pula mendapat hasil lelongan tertinggi dengan harga RM41,500. Hasil lelongan terendah pula adalah motosikal dengan harga bidaan RM50," katanya.

Iklan
Seramai 47 pembida terlibat dalam lelongan awam kenderaan sita di JPJ Perak. - Foto: ihsan JPJ Perak

Menurutnya, seramai 47 pembida telah hadir mengambil bahagian dalam lelongan yang berlangsung di Dewan Blok H di sini.

"Pembida yang berjaya hendaklah menyelesaikan urusan pertukaran hakmilik kenderaan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh lelongan selaras di bawah Seksyen 13 APJ 1987.

Iklan

"Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan meluangkan masa hadir bersama wakil dari Jabatan Audit Negeri dan wakil daripada Ibu Pejabat JPJ Malaysia," katanya.