Pemandu jentolak jumpa bom

Iklan
Abdul Rozak

JERTIH - Seorang pemandu jentolak menemukan dua butir bom lama ketika melakukan kerja pembersihan tanah berhampiran sebuah dewan terbuka di Seberang Jertih di sini, tengah hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki berusia 32 tahun itu, menemukan bom tersebut ketika sedang menggali lubang di kawasan itu pada jam 1.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Objek berbentuk bujur dan berwarna perak menyerupai bom itu, berada di dalam tanah di kawasan yang dibersihkan oleh pemandu jentolak tersebut.

"Lelaki terbabit yang tidak mahu mengambil tindakan sendiri, telah datang ke Balai Polis Jertih bagi membuat laporan,” katanya.

Iklan

Abdul Rozak berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, bergegas ke tempat kejadian kemudian disusuli Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Abdul Rozak berkata, dua bom lama tersebut dikenal pasti sebagai Unexploded Ordnance (UXO) jenis Mortar 60mm dan keadaannya sudah berkarat.

Iklan

"UPB telah menjalankan tindakan pemusnahan dilokasi dengan jayanya tanpa sebarang kerosakan harta benda mahupun kecederaan,” katanya.

Sementara itu, menurut pemandu jentolak Nik Suhairi Azlan Latif, pada awalnya beliau menyangka objek tersebut merupakan mainan kanak-kanak.

"Ketika saya menggali lubang tiba-tiba objek itu tergolek atas tanah dan saya turun dari jentolak untuk memeriksa sama ada ia mainan atau sebaliknya.

"Saya agak terkejut apabila mendapati ia bom lama lalu saya segera membuat laporan di balai polis. Nasib baik saya tidak cuba pecahkan bom tersebut dengan mata jengkaut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian. - Bernama