Zuhrah, bulan bertemu malam ini

Iklan
Gambar kedudukan Zuhrah dan bulan yang dekat dikongsikan oleh pengguna Facebook, Datuk Hassan Mohd Noor. Gambar Zuhrah dan bulan yang diambil sekitar jam 10 malam (kanan).

SHAH ALAM - Orang ramai berkongsi keterujaan mereka di media sosial apabila terdapat satu ‘bintang’ bersinar terang berdekatan bulan pada malam ini.

Difahamkan, ia merupakan planet Zuhrah iaitu planet kedua terdekat dengan matahari di mana peredaran lengkapnya mengambil masa 224.7 hari bumi.

Iklan
Iklan

Ia dapat dilihat dengan mata kasar di seluruh negara dalam keadaan langit lebih cerah.

Walaupun ia sedikit jauh jika dibandingkan dengan fenomena yang berlaku pada 24 Mac lalu tetapi ramai yang menyatakan ia cukup indah.

Iklan
Iklan

Menurut laporan, sepanjang minggu ini bulan akan dilihat berdekatan dengan Zuhrah dan Marikh di pelbagai kedudukan di langit.