Menteri Pertahanan sertai lawatan kerja rasmi di Tehran

Iklan
Mohamad Sabu (berdiri di depan, empat dari kiri) bergambar bersama Amir Hatami (berdiri di depan, tiga dari kanan) selepas mesyuarat dua hala di Tehran hari ini.

TEHRAN - Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu kini dalam rangka lawatan kerja rasmi di Tehran, Iran selama enam hari bermula 26 April hingga esok.

Dalam lawatan tersebut, Mohamad Sabu telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat yang juga Menteri Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera Republik Islam Iran, Brigadier General Amir Hatami.

Iklan
Iklan

"Mesyuarat ini diadakan antara lain bertujuan untuk memperhalusi bentuk kerjasama yang berpotensi dilaksanakan khususnya berkaitan keselamatan dan pertahanan kedua-dua buah negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, mesyuarat tersebut turut dihadiri delegasi Malaysia terdiri daripada Duta Besar Malaysia ke Iran, Datuk Rustam Yahaya serta beberapa Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia.

Iklan
Iklan