PM melawat LIMA di MIEC

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) bertemu dengan juruterbang Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Udara (TNI-AU) ketika meninjau Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23) di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC), pada Rabu. - Foto Bernama

LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengadakan lawatan ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.

Ketibaan beliau di pekarangan MIEC pada jam 8.35 pagi ditemani oleh isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Iklan
Iklan

Anwar memulakan sesi lawatannya dengan mengadakan walkabout melihat pameran statik yang mempamerkan beberapa aset pertahanan udara antaranya F/A18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia di landasan terbang atau tarmac berhadapan MIEC.

Perdana Menteri juga sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan barisan pasukan udara yang terlibat dalam pertunjukan aerobatik membabitkan lima negara iaitu Indonesia, China, Korea Selatan, Rusia, Emiriah Arab Bersatu.

Iklan

Kemudian, beliau melawat beberapa reruai di dalam MIEC sebelum dijadualkan menyaksikan majlis menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang turut berlangsung di pusat pameran berkenaan.

LIMA ‘23 bertemakan"Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” bermula semalam hingga 27 Mei dengan edisi kali ini melibatkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan, masing-masing bagi sektor pertahanan dan komersial.

Iklan

Kali terakhir acara dwitahunan itu diadakan ialah pada 2019 dan ditangguhkan pada 2021 susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika itu. - Bernama