KUALA LUMPUR - Anak syarikat AWC Bhd, Trackwork and Supplies Sdn Bhd, menerima surat lantikan bagi pakej bekalan projek Mass Rapid Transit 2 (MRT2) bernilai RM17.1 juta daripada China Communications Construction Company (Malaysia) Sdn Bhd (CCCC), kontraktor pakej kerja-kerja tersebut.
Kontrak ini adalah untuk mereka bentuk, mengeluar, membekal, memasang, menguji dan pengoperasikan kerja-kerja Kenderaan Pengisaran Rel Harsco Model RGH 10C untuk MRT2: Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dibangunkan oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, kata AWC dalam kenyataan hari ini.
Kontrak tersebut dijangka siap pada 30 September 2022.
Iklan